"Sesiapa yang berjuang untuk meninggikan kalimah Allah dialah yang berjuang pada jalan Allah." -Bukhari & Muslim

Friday, July 30, 2010







Al-Quds , maafkan KAMI

Aku tau ,
Tika bumi mu darah mengalir bagai tiada harga ,
Air mata tiada putusnya ,
Keluarga dipisahkan dengan bangganya ,
Para pemuda berjuang bermatian relanya ,
Sang anak pergi tika masih belum mengenal erti keseronokkan dunia .

Di dunia aku ,
Tiada darah yang tertumpah demi membantu perjuanganmu yang berharga ,
Tiada air mata yang deras mengalir atas kehilangan saudara disana ,
Alpa riang tawa bersama keluarga ,
Hawa nafsu teguh mengusai pemuda ,
Kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai keseronokkan yang meleka .

Maafkan aku ,
Kerana leka dengan nikmat sementara ,
Kerana lupa akan perasaan saudara disana ,
Kerana alpa dengan kesenangan dunia ,
Kerana berdiam tika duniamu berbicara ,
Kerana bisu tanpa jawapan apabila pertolongan diminta .
Dengan nama Allah , segala pujian hanya milikNya , selawat dan salam kepada Nabi Muhammad ,
ADA APA DENGAN AL-QUDS ? KENAPA HARI ITU HARUS / WAJIB KITA INGATI ?!
Sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa yang dibakar oleh seorang Zionis warga Switzerland , Dennis Michael Rohan yang kononnya dikatakan gila dan dalam keadaan mabuk . Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam terhadap masjid Al-Aqsa yang disucikan . Begitulah nasib tanah suci Umat Islam yang ketiga setelah dicemari oleh “Israel” Sang Perampas !

APA TINDAKAN KITA ? APA YANG PERLU KITA LAKUKAN ?!

TIDAK CUKUP DENGAN SEKADAR MEMBOIKOT , KIRIMAN DOA , DERMA DAN BANTUAN , kita mestilah memasang impian dan cita-cita ‘kita adalah generasi yang akan meninggikan semula martabat islam serta membebaskan negara-negara Islam ! DOA SENJATA MUKMIN . Kenapa perlu bersusah mencipta senjata tercanggih sedangkan kita punyai senjata yang paling hebat didunia .

APA ITU AL-QUDS ? KENAPA KITA KENA PERTAHANKAN AL-QUDS ?!

AL-QUDS atau AL-AQSA merupakan QIBLAT PERTAMA UMAT ISLAM ! Baginda sendiri pernah mendirikan solat sebanyak 17 bulan menghadapnya dan kemudian qiblat umat islam ditukar menghadap ke masjidil haram . Selain itu , disini jugalah baginda dimi’rajkan ke langit setelah diisra’kan Allah dari masjidil haram ke masjidil aqsa . Al-Quds kini diancam , dikotori oleh zionis yang mempunyai rancangan jahat untuk merobohkan Al-Quds .


SANGGUPKAH KITA MELIHAT MASJID YANG MENJADI SAKSI PEMERGIAN NABI TERCINTA KITA KE LANGIT UNTUK MENERIMA PERINTAH SOLAT DARI ALLAH DIROBOHKAN ?



Apa sumbangan kita membantu saudara disana ?

Friday, July 9, 2010

israk mikraj


“ Subhanallah , yang telah memperjalankan hamba-Nya (Muhammad saw) pada suatu malam dari al-Masjidi'l-Haram ke al-Masjidi'l-Aqsa, yang telah Kami (Allah) berkati sekelilingnya, agar Kami (Allah) perlihatkan kepadanya (Muhammad saw) sebahagian daripada tanda-tanda Kami (Allah). Sesungguhnya Dia (Allah) adalah al-Sami’ (Maha Mendengar), lagi al-Basir (Maha Melihat) “ surah Al-Isra’ ayat :1




Tanggal 27 Rejab ( tahun ke3 sebelum baginda berhijrah ke Madinah )

Ketika Rasulullah sedang tidur di makam Nabi Ismail A.S dekat Kaabah diapit dua saudaranya , Jaafar dan Hamzah bin Abu Talib. Telah datang malaikat Jibril dan Mikail untuk membedah dada / perut baginda . Hati baginda dicuci dengan air zamzam , dibuang ketul hitam (‘alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian baginda dilimpahkan dengan hikmat , ilmu dan iman ke dalam dada. Subhanallah yang telah mebenarkan segala sesuatu terjadi mengikut kehendakNya. Selepas itu , didatangkan sejenis haiwan iaitu Buraq untuk ditunggangi Rasulullah dalam perjalanan luar biasa (Israk) dan sepanjang perjalanan dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa dengan ditemani Jibril.Buraq berasal daripada perkataan Barq, bererti kilat. Buraq itu ialah binatang atau kenderaan yang kecepatannya seperti kilat.Menurut sarjana, kecepatan kilat itu sama dengan kecepatan cahaya, iaitu 300,000 kilometer setiap saat. Kecepatan Buraq sekelip mata di antara Makkah dan Palestin. Setibanya ditempat yang mulia dan bersejarah , baginda telah diarahkan untuk mengerjakan solat sebanyak dua rakaat di :


i. Negeri Thaibah ( Madinah ) , tempat dimana baginda akan melakukan hijrah


ii. Bukit Tursina , iaitu tempat Nabi Musa A.S menerima wahyu daripada Allah


iii. Baitul-Laham , tempat Nabi ‘Isa A.S dilahirkan


“ Sesungguhnya al-Qur’an ini memberikan petunjuk kepada (jalan) yang lebih lurus dan memberi khabar gembira kepada orang Mukmin yang mengerjakan amal salih, bahawa bagi mereka (disediakan) pahala yang besar “ Al-Isra’ ayat : 9



Sepanjang perjalanan baginda dengan menunggangi Bura’ , baginda diperlihatkan dengan beberapa keadaan . Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. Apabila dituai , hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibril : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak . Subhanallah …
  • Satu tempat yang begitu harum baunya . Rasulullah S.A.W, diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah

( tukang sisir rambut anak Fir'aun ) bersama suaminya dan anak-anaknya yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah .

  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan , kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud ( solat ).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka

dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu

masing-masing mempunyai isteri / suami.

  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensiakan umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Nantikan edisi seterusnya untuk mengetahui sambungannya apabila baginda ke Hadhratul Qudus untuk bertemu Allah .