
Harta? (untuk sedekah dan infaq Ramadhan)
Emosi? (Rasa gembira, teruja nak sambut Ramadhan)
Spiritual? (Dah mula start-off dengan pertingkatkan ibadah spt solat, tilawah dan tadarus Quran dan lain-lainnya)
Rasulullah s.a.w. menggembirakan para sahabatnya dengan sabda baginda:
Ertinya:
"Sesungguhnya akan datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang diberkati, Allah mewajibkan kamu berpuasa di dalamnya. Pada bulan Ramadhan dibuka pintu-pintu syurga, dikunci semua pintu neraka, dibelenggu semua syaitan. Di malamnya ada satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Barangsiapa yang tidak memperolehi kebajikan pada malam itu berertilah diharamkan baginya segala kebaikan untuk dirinya."
Terkadang-kadang Rasulullah s.a.w. mengucapkan kepada para Sahabat ucapan yang bermaksud:
"Telah datang kepada kamu bulan Ramadhan Penghulu segala bulan , maka selamat datanglah kamu kepadaNya. Maka telah datang bulan puasa membawa segala macam keberkatan. Oleh yang demikian muliakan tetamu yang datang itu dengan seberapa baik."
Pohon taqwa hasil Ramadhan yang mungkin telah berjaya kita dapatkan hasil Ramadhan terdahulu mungkin telah kering kontang, berguguran daunnya disebabkan dosa dan maksiat yg dilakukan sepanjang tahun.
Kini akan tumbuh kembali..mengeluarkan buah dan hasilnya dgn izin Allah
Bekal seorang mukmin itu sepanjang tahun hingga bertemu dengan Ramadhan berikutnya
KITA HIDUPKAN RAMADHAN, RAMADHAN AKAN MENGHIDUPKAN JIWA-JIWA YANG TELAH MATI SEBELUM INI!
Jom Mulakan.. niatkan : PUASA DENGAN PENUH KEIMANAN DAN PENUH REDHA ~
Bisikkan “ Alhamdulillah, Allahu Akbar, aku akan berpuasa kerana mentaatiMU ya Allah”
Jom Masuk kepompong Ramadhan tahun ini dgn lebih bersedia..
agar keluar nanti dari kepompong ini kita semua menjadi rama-rama yang sangat cantik..
SALAM RAMADHAN KAREEM BUAT SEMUA!









Kalau nak lagi jelas, boleh klik kat semua gamba2 ni.


Kalau agak-agak tak jelas, harap maaf banyak-banyak.... kalo nak juga boleh mintak kat ana....hantar permintaan korang kat email ni : duta10@gmail.com dan ana akan hantar COD kat korang melalui email.